cassica
Jun 20, 2023


Website mencipta gambaran positif tentang bisnes anda. Pelanggan akan pandang bisnes anda lebih profesional dibandingkan bisnes yang hanya mempunyai akaun media sosial.
Dengan kewujudan website untuk bisnes anda, prospek dan bakal pelanggan akan lebih yakin untuk berurusan dengan anda. Keyakinan pelanggan mampu untuk mengubah penilaian seseorang untuk membuat keputusan sama ada ingin membeli atau tidak produk dan servis anda.
Memupuk kepercayaan dalam kalangan pelanggan anda adalah satu kemestian. Anda boleh berkongsi tentang kelebihan produk dan servis di website anda.
Dengan mempamerkan kelebihan produk anda, sekaligus anda telah membantu meyakinkan pelanggan. Apabila pelanggan sudah mulai yakin, mereka tidak akan teragak-agak untuk membeli dengan anda.
Apabila anda sebagai usahawan mahupun peniaga telah berjaya mendapatkan kepercayaan daripada pelanggan, perniagaan anda pasti akan dapat lebih banyak pelanggan.
Walaupun anda sudah muncul di radio, televisyen mahupun surat khabar, selagi bisnes anda tidak mempunyai website yang dibina secara profesional, kredibiliti anda akan dilihat rendah.
“Kepercayaan merupakan sebab #1 seseorang membeli atau tidak dari laman web kita.”
Pemasaran produk dan perkhidmatan adalah amat penting bagi semua jenis bisnes. Pemasaran bererti memperkenalkan sesuatu produk atau perkhidmatan.
Tanpa sistem pemasaran yang sistematik, produk yang baik tidak dapat dipasarkan dengan meluas dan merugikan pihak yang menghasilkan produk tersebut.
Website berfungsi untuk menunjukkan maklumat berkaitan dengan perniagaan anda. Oleh itu, anda perlu menggunakan teknologi ini sebaiknya untuk menambahkan trafik ke website anda.
Ramai usahawan dan peniaga menggunakan servis ads di Facebook, Instagram dan sebagainya. Anda boleh membawa pelanggan-pelanggan anda ke website anda supaya mereka tertarik untuk melakukan urusan jual beli dengan anda.
Soalan-soalan lazim atau juga dipanggil FAQ (Frequently Ask Question) merupakan salah satu elemen penting dan tidak dapat dipisahkan dari website. Ini kerana, FAQ menawarkan banyak fungsi serta manfaat yang akan membuat perniagaan anda semakin maju.
Pasti anda akan merasa bosan untuk menjawab soalan-soalan lazim yang ditanya oleh pelanggan ada.
Oleh itu, anda boleh menyediakan FAQ (Frequently Asked Questions) di website dan ia akan mempermudahkan perniagaan serta pelanggan anda.
FAQ yang paling efektif adalah FAQ yang senang dinavigasi, memberikan informasi yang jelas dan ringkas, serta mudah diakses. Dengan adanya FAQ yang efektif, ia akan mendorong pelanggan untuk membeli produk yang anda tawarkan.
Bayangkan sekiranya pelanggan anda adalah orang-orang yang tidak mempunyai masa untuk lihat dan scroll website anda. Tanpa adanya FAQ, sukar untuk mereka menemukan maklumat tentang perniagaan anda dalam waktu yang singkat.
Website berfungsi sebagai tempat untuk mempamerkan apakah tawaran yang bisnes anda ingin tunjukkan kepada orang ramai.
Perkara ini sangat menarik kerana anda boleh membantu pelanggan atau bakal pelanggan anda supaya mereka boleh menerokai apakah produk yang anda jual dan servis apakah yang anda tawarkan. Mereka juga boleh mengenali apakah latar belakang syarikat anda.
Pembeli sekarang sudah lebih bijak. Mereka akan mencari maklumat terlebih dahulu sebelum membeli sebarang produk.
Anda sebagai usahawan dan peniaga perlu memberi jawapan kepada mereka dengan menyediakan website dengan maklumat penting agar pelanggan anda boleh membuat pilihan yang lebih tepat sebelum membeli daripada anda.
Dunia teknologi zaman ini menjadikan media sosial sebuah medium yang berpotensi dalam urusan jual beli secara online. Keuntungan boleh mencecah kadar yang besar dan tinggi apabila berjayanya sesuatu pemasaran yang dibuat.
Pembelian secara online kini semakin dipercayai dan digunakan oleh ramai orang di Malaysia.
Sebahagian daripada mereka lebih gemar menggunakan platform seperti Shopee, Lazada untuk membeli barangan yang mereka inginkan kerana harga yang lebih rendah, pelbagai pilihan dan lebih mudah berbanding membeli barang secara fizikal.
Oleh itu anda sebagai usahawan dan peniaga perlu menaik taraf cara anda berjual beli dengan menggunakan platform jual beli secara online ini atau e-commerce.
Bukan itu sahaja, pembelian secara online juga membantu anda untuk mengira transaksi dengan lebih teratur dan mudah dengan adanya sistem pengiraan yang senang serta murah untuk digunakan dalam bisnes anda.
Sangatlah rugi jika anda tidak mahu mengikut peredaran zaman. Jadi, jangan biarkan diri anda ketinggalan jauh disebabkan anda tidak mahu mula dari sekarang.
Masih keliru dan tak tahu macam mana nak mula untuk bina website atau sales page? Serahkan saja pada kami.
Sudah lebih 100 sales page telah kami bina dan bantu para usahawan untuk capai target jualan mereka sehingga mencecah 6 angka.
Sekiranya berminat untuk mengetahui lebih lanjut tentang pakej lain yang kami tawarkan, klik di sini untuk tempahan slot kerana slot adalah terhad.
Anda juga boleh follow dan like kami di Facebook kerana kami turut berkongsi maklumat dan content yang menarik untuk anda!
Kesimpulannya, kewujudan sebuah website adalah sangat penting bagi bisnes anda. Dengan adanya website, info produk dan servis anda akan diterangkan secara lebih efektif dan teratur.
Walau bagaimanapun, anda harus pastikan website anda direka secara profesional, berfungsi sepenuhnya dengan kelajuan muat turun yang pantas dan penuh dengan content yang kreatif dan berkualiti.
Semoga perkongsian kami kali ini bermanfaat terutamanya buat usahawan dan peniaga untuk memajukan lagi bisnes anda.