Title of the document Dapatkan temujanji anda bersama CASSICA sekarang!

Payment Gateway Mesra Malaysia Yang Percuma Pendaftaran dan Setup

Kalau anda ada bisnes online di Malaysia, salah satu perkara paling penting ialah payment gateway. Dengan adanya payment gateway, pelanggan boleh bayar terus menggunakan FPX (online banking), kad kredit/debit, e-wallet (TNG, GrabPay, ShopeePay) dan banyak lagi.

Berita baiknya, ada beberapa payment gateway di Malaysia yang tawarkan pendaftaran percuma (free registration) – jadi anda boleh mula tanpa kos permulaan!

Kenapa Perlu Payment Gateway?

  • Nampak lebih profesional – pelanggan lebih yakin bila ada pilihan pembayaran rasmi.

  • Mudah urus transaksi – semua rekod pembayaran ada dalam satu dashboard.

  • Pelbagai pilihan bayaran – bukan semua orang selesa bayar dengan cara yang sama.

  • Integrasi dengan website – boleh link dengan WooCommerce, Shopify, atau sistem tempahan anda.

Senarai Payment Gateway Malaysia

1. ToyyibPay

  • Pendaftaran percuma

  • Tiada yuran bulanan

  • Caj hanya bila ada transaksi (1.5% untuk FPX)

  • Sesuai untuk bisnes kecil/ sederhana, NGO, freelancer

Klik sini untuk baca-> https://toyyibpay.com/main/

 

2. Billplz

  • Daftar percuma

  • Caj transaksi serendah RM1.50 / transaksi FPX

  • Integrasi mudah dengan website & app

  • Mesra untuk crowdfunding, yuran persatuan, dan bisnes online

Klik sini untuk baca-> https://main.billplz.com/

 

3. Chip (by Payex)

  • Pendaftaran percuma

  • Tiada yuran bulanan

  • Caj transaksi serendah 1.5% untuk FPX, 2% e-wallet

  • Ada fungsi Smart Invoicing – hantar invoice kepada pelanggan melalui link

  • Sokong pelbagai pembayaran: FPX, e-wallet, kad debit/kredit

  •  Integrasi mudah dengan sistem tempahan & e-commerce

Klik sini untuk baca-> https://www.chip-in.asia/

 

3. Hitpay (Malaysia)

  • Pendaftaran percuma — tiada yuran setup, langganan bulanan, atau yuran penyelenggaraan. Anda hanya membayar apabila ada transaksi berlaku.

  • Caj transaksi: untuk kad domestik, 1.2% + RM1 setiap transaksi.

  • Pilihan pembayaran luas: termasuk Kad (domestik & antarabangsa), e-wallet (GrabPay, TNG, ShopeePay, Apple Pay, Google Pay), FPX, QR, serta penyelesaian BNPL seperti SPayLater.

  • Tiada caj tersembunyi dan penyelesaian harga yang telus.

  • Integrasi fleksibel: tersedia plugin untuk WooCommerce, Shopify, EasyStore, invoicing, POS, recurring billing, dan API developer-friendly. Customize secara branding seperti logo, warna, rules checkout.

  • Penyelesaian omnichannel untuk online dan fizikal (POS), serta program reseller.

Klik sini untuk baca-> https://hitpayapp.com/my/

 

4. Bayacash(dulu bcl.my)

  • Tiada maklumat rasmi tentang pendaftaran percuma — laman web utama lebih fokus kepada ciri dan pelan seperti “Starter”, “Lite” dan “Enterprise”. Tiada indikasi jelas kalau pendaftaran itu percuma atau berbayar.

  • Settlement masa-nyata — tersedia untuk Public Bank & Bank Islam; merchant lain boleh memilih payout T+1 (cuti Jumaat turut diambil kira).

  • Ciri tambahan:

    • Sokong FPX, Direct Debit & DuitNow (termasuk DuitNow QR).

    • Direct Debit yang boleh digunakan untuk pembayaran berulang (subscription) dengan yuran rata.

    • Shariah-compliant, sesuai untuk segmen Muslim.

  • Dikembangkan oleh Web Impian Sdn Bhd, dilancarkan rasmi pada akhir Disember 2024.

  • Plugin tersedia untuk platform seperti WooCommerce, GiveWP, dan Gravity Forms bagi integrasi mudah ke website/blog.

Klik sini untuk baca-> https://bayarcash.com/

 

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *